Perbincangan Awal Kerjasama IDEAS dan UKM Pakarunding
NewsBANGI, SELANGOR 22 Mei – IDEAS hari ini telah mengadakan perbincangan awal kerjasama dalam beberapa program yang telah dikenalpasti.
Perbincangan telah diadakan di adakan di UKM Shape. IDEAS telah diterajui oleh YBhg En. Haris Fadzlah dan YBhg Datuk Ts Hisham A. Bakar, manakala UKM Pakarunding telah diwakili oleh YBhg En. Mohd Fikri Mohd Sani dan YBhg En. Ts Yusriny Adnan.
YBhg En. Haris Fadzlah telah memberikan taklimat ringkat mengenai perkembangan program SANDBOX Malaysia, IDEAS dan Pelan Perlaksanaan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Muslim (3PTEM), dan dimaklumkan juga mengenai Program Pemerkasaan Kedai Runcit Muslim (PPKRM) di atas jenama RIZQMART.
UKM Pakarunding juga telah mereka laksanakan termasuk program latihan profesional yang telah UKM anjurkan termasuklah Kursus Pengurus Kedai Runcit Profesional yang bakal di masukkan sebagai salah satu modul latihan kepada Pengusaha Kedai Runcit yang mengikuti program PPKRM.
Beberapa program lain yang bakal dilaksanakan bersama antaranya, Tranformasi Usahawan Digital Desa (TUDD), Program Pelancongan Komuniti & Homestay Pintar, Program Usahawan Komuniti Gemilang dan banyak lagi.
Perbincangan telah ditangguhkan pada jam 05.30 petang.