Istilah “sandbox” merujuk kepada kawasan permainan yang direka dengan selamat—seperti tapak buaian kanak-kanak yang dilapisi dengan pasir bagi mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan. Konsep ini menjadi metafora penting dalam membentuk satu ruang perlindungan dan pembangunan kepada golongan usahawan.
Begitulah falsafah di sebalik penubuhan SANDBOX Origin Berhad—iaitu menyediakan satu ekosistem sokongan menyeluruh bagi memperkasa dan membangunkan usahawan Muslim, terutamanya yang berada dalam kategori mikro, kecil dan sederhana.
Untuk mencapai kejayaan dalam keusahawanan, seseorang usahawan tidak boleh dibiarkan berdikari tanpa bimbingan dan infrastruktur yang kukuh. Justeru, SANDBOX menyediakan tiga komponen utama:
-
Perkakasan (Hardware) – merangkumi akses kepada pembiayaan patuh syariah, modal pusingan, dan sistem sokongan fizikal.
-
Landasan (Platform) – termasuk platform digital seperti crowdfunding, e-wallet Islamik dan wakaf korporat.
-
Perisian (Software) – meliputi bimbingan, latihan, pemantauan prestasi, dan perkhidmatan audit patuh syariah.
Kesemua ini digabungkan bagi mengurangkan risiko kegagalan, meningkatkan kebolehdayasaing dan memastikan pertumbuhan mampan dalam kalangan usahawan Muslim.
Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Kluster 3: Kewangan & Pembiayaan Islamik di bawah Pelan Pelaksanaan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Muslim (3PTEM).