SANDBOX Malaysia menawarkan
SANDBOX MalaysiaKami membuka penyertaan kepada pelbagai peranan dalam ekosistem SANDBOX. Anda boleh menyertai sebagai:
1️⃣ PENGURUS & PENOLONG PENGURUS
2️⃣ PERUNDING
3️⃣ MENTOR / USAHAWAN
4️⃣ MENTEE / PELATIH USAHAWAN
💼 Sama ada anda berpengalaman atau baru bermula, SANDBOX adalah platform terbaik untuk berkembang bersama komuniti usahawan Muslim!
PERANAN PENGURUS & PENOLONG PENGURUS
Mentadbir, Membantu dan Mengurus Usahawan
Pengurus dan Penolong Pengurus di dalam SANDBOX memainkan peranan penting sebagai penggerak pembangunan usahawan di kawasan masing-masing. Tanggungjawab utama termasuk:
1️⃣ Pusat Rujukan – Menjadi pusat rujukan utama bagi para usahawan tempatan.
2️⃣ Aktifkan Komuniti – Meramaikan penyertaan usahawan dalam program SANDBOX di peringkat daerah.
3️⃣ Kenalpasti Potensi – Mengenal pasti potensi dan peluang setempat untuk dikembangkan.
4️⃣ Anjur Program – Menganjurkan program keusahawanan bersama SANDBOX dan agensi berkaitan.
5️⃣ Latih Usahawan Berdaya Saing – Melahirkan usahawan yang bijak, tahan tekanan, kreatif dan inovatif.
6️⃣ Bantu Akses Pembiayaan – Membantu usahawan mendapatkan geran dan had kredit (tertakluk kepada syarat & terma).
📌 Dengan struktur ini, SANDBOX memastikan pembangunan ekonomi Muslim lebih tersusun dan menyeluruh.
PERUNDING / KONSULTAN SANDBOX
Pemudahcara Usahawan, Mentor & Mentee
Perunding atau Konsultan berperanan sebagai penghubung antara peserta program (usahawan, mentor & mentee) dengan peluang pembangunan dan pembiayaan. Setiap perunding akan ditempatkan mengikut kluster ekonomi berikut:
🔹 Kluster 1 – ICT & Multimedia
🔹 Kluster 2 – Pusat Pengumpulan & Pengedaran Produk Usahawan (4PU)
🔹 Kluster 3 – Kewangan
🔹 Kluster 4 – Premis (Fizikal & Dalam Talian)
🔹 Kluster 5 – Industri (Pembuatan, Pertanian, Penternakan & Perkhidmatan)
🔹 Kluster 6 – Akademia
🔹 Kluster 7 – Pengiklanan & Promosi (A&P)
🔹 Kluster 8 – Komuniti Ibu Berdikari & Berusaha Malaysia (KI2BM)
🔹 Kluster 9 – Veteran ATM
✅ Semua perunding akan disokong dengan penyediaan geran dan had kredit (tertakluk kepada syarat & terma).
📌 Perunding SANDBOX memainkan peranan penting dalam membina jaringan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi usahawan.
MENTOR (USAHAWAN)
Memperkasa & Transformasi Usahawan
Mentor berperanan sebagai pembimbing utama dalam pembangunan dan transformasi usahawan di bawah program SANDBOX. Tugas mereka meliputi:
1️⃣ Memperkasa & Mentransformasi – Membimbing usahawan sedia ada untuk lebih berdaya saing.
2️⃣ Penilaian Menyeluruh – Membantu usahawan melihat keseluruhan struktur perniagaan, produk atau perkhidmatan mereka.
3️⃣ Kenal Pasti Potensi – Menilai potensi perniagaan untuk jangka pendek dan panjang.
4️⃣ Mengenalpasti Keperluan – Menyediakan panduan dalam aspek pengurusan, sumber manusia, pemasaran, dan lain-lain.
5️⃣ Bina Ketahanan Usahawan – Melahirkan usahawan yang bijak, tahan cabaran, kreatif dan inovatif.
6️⃣ Akses Pembiayaan – Membantu dalam mendapatkan geran dan had kredit (tertakluk kepada syarat & terma).
📌 Mentor menjadi tunjang penting dalam menjayakan program pemerkasaan dan digitalisasi usahawan di seluruh negara.
MENTEE (START UP BIZ)
Pembangunan Usahawan Baru
Program Mentee SANDBOX memberi fokus kepada pembangunan usahawan baharu melalui pendekatan bimbingan yang menyeluruh.
1️⃣ Melahirkan Usahawan Baharu
Sasaran kepada graduan, belia, ibu tunggal, balu, OKU dan lain-lain yang berpotensi untuk menjadi usahawan.
2️⃣ Permulaan Dengan Modal Minimum
Membantu peserta memulakan perniagaan dengan kos rendah dan kemampuan sendiri.
3️⃣ Latihan & Sokongan Menyeluruh
Kursus, latihan, perisian, platform digital dan konsultansi disediakan.
4️⃣ Perniagaan Berimpak Tinggi
Mendorong pemilihan perniagaan yang memberi kesan positif kepada agama, bangsa dan tanah air (ABATA).
5️⃣ Bimbingan Selama 2 Tahun
Mentee akan dibimbing oleh mentor berpengalaman dalam tempoh 2 tahun (termasuk audit dan pemantauan akaun).
6️⃣ Membangunkan Usahawan Berdaya Saing
Melatih mentee menjadi usahawan yang bijak, tahan cabaran, kreatif dan inovatif.
7️⃣ Geran & Had Kredit
Akses kepada geran dan pembiayaan (mengikut syarat & terma yang ditetapkan).
📌 Fokus kami adalah untuk membina generasi usahawan berwibawa dari peringkat akar umbi.
🌐 https://sandboxmalaysia.com