LANGKAH-LANGKAH PROSES GERAN SANDBOX USAHAWAN

LANGKAH-LANGKAH PROSES GERAN SANDBOX USAHAWAN

1. Pendaftaran

Daftar sebagai peserta Program SANDBOX Usahawan.
Link : Klik Link

2. Yuran Keahlian RIZQMALL

Bayaran yuran RIZQMALL sebanyak RM20.00 setahun.

3. Yuran Keahlian SANDBOX Usahawan

Bayaran yuran keahlian SANDBOX Usahawan sebanyak RM300.00 (sekali seumur hidup).

4. Kemaskini Profil

Lengkapkan dan kemas kini profil usahawan di dalam sistem.

5. Cadangan Peserta Baharu

Perkenalkan Program SANDBOX kepada sekurang-kurangnya 10 orang yang mendaftar dalam mana-mana program SANDBOX.

6. Geran Asas RM600

Peserta yang memenuhi syarat akan menerima Geran Asas RM600, yang boleh digunakan bagi:

    • Pendaftaran SSM.
    • Penyediaan kad perniagaan.
    • Pembukaan akaun semasa Affin Bank (sebanyak RM500 akan dikreditkan ke akaun tersebut mengikut syarat program).

7. Menghadiri Kursus

Wajib menghadiri kursus selama 2 hari:

8. Pelaksanaan Perniagaan (On-the-Job Business)

Menjalankan perniagaan selama 3 bulan dengan syarat:

    • Semua hasil jualan dikreditkan ke akaun semasa.
    • Mempunyai sekurang-kurangnya 10 transaksi sebulan.

9. Penilaian

Peserta akan dinilai oleh panel penilai berdasarkan prestasi dan pematuhan syarat program.

10. Geran Pembangunan

Peserta yang layak boleh memohon Geran Pembangunan bernilai antara RM1,000 hingga RM25,000, tertakluk kepada syarat dan tabung yang berkaitan.

11. Pemantauan Tahun Pertama

Peserta meneruskan operasi perniagaan sehingga audit tahun pertama (sekitar 1 tahun 8 bulan). Dalam tempoh tersebut, peserta boleh memohon bantuan atau geran tambahan yang disediakan di bawah tabung berkaitan.

12. Audit Tahun Kedua

Selepas audit tahun kedua, peserta yang layak berpeluang memohon geran lanjutan sehingga maksimum RM500,000, tertakluk kepada penilaian, prestasi perniagaan dan syarat tabung yang berkenaan.