1. Pendaftaran Program
Daftar sebagai peserta Program SANDBOX Awam melalui sistem pendaftaran yang disediakan. (Link Pendaftaran)
2. Bayaran Yuran Keahlian
Membuat bayaran Yuran Penyertaan SANDBOX Awam sebanyak RM300.00 (sekali seumur hidup).
3. Lengkapkan Profil Peserta
Peserta perlu melengkapkan maklumat peribadi, pekerjaan dan status kewangan di dalam sistem SANDBOX.
4. Hadir Taklimat Program
Peserta diwajibkan menghadiri sesi taklimat yang menerangkan:
- Konsep SANDBOX Awam
- Kaedah pelaksanaan program
- Hak dan tanggungjawab peserta
- Proses penyelesaian hutang
5. Membina Komuniti Sokongan
Peserta digalakkan memperkenalkan Program SANDBOX kepada sekurang-kurangnya 10 orang yang menyertai mana-mana Program SANDBOX bagi memperkukuhkan komuniti sokongan ekonomi.
6. Pengisytiharan Hutang
Peserta perlu mengisytiharkan semua komitmen hutang yang ingin dimasukkan ke dalam program.
Antara hutang yang dibenarkan:
- Pinjaman peribadi
- Kad kredit
- Pinjaman kenderaan
- PTPTN
- Pembiayaan bank
- Hutang kepada agensi kerajaan
- Hutang keluarga atau individu (dengan bukti)
- Hutang lain yang mempunyai dokumen sokongan
Syarat:
- Hanya hutang yang wujud sebelum tarikh pendaftaran diterima.
- Jumlah keseluruhan hutang yang boleh didaftarkan adalah sehingga RM500,000.
7. Muat Naik Dokumen Sokongan
Peserta hendaklah memuat naik dokumen berkaitan seperti:
- Penyata hutang
- Surat perjanjian
- Surat pengakuan hutang
- Rekod transaksi
- Dokumen sokongan lain
Bagi hutang tanpa dokumen, surat pengakuan hutang hendaklah disediakan dan disahkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
8. Semakan dan Pengesahan
Semua dokumen akan disemak bagi memastikan:
- Kesahihan hutang
- Kesempurnaan dokumen
- Pematuhan syarat Program SANDBOX Awam
9. Penyediaan Pelan Penyelesaian Hutang
Panel SANDBOX akan membantu menyediakan pelan penyelesaian hutang berdasarkan:
- Jumlah hutang
- Kemampuan kewangan SANDBOX (Tabung masing-masing)
- Keutamaan komitmen kewangan
- Tempoh pembayaran yang sesuai
10. Pelaksanaan Pelan Penyelesaian
Peserta hendaklah mematuhi pelan yang telah dipersetujui dengan:
- Membayar komitmen mengikut jadual
- Mengamalkan disiplin kewangan
- Mengelakkan pertambahan hutang baharu sepanjang tempoh program
11. Pemantauan Berkala
Prestasi peserta akan dipantau secara berkala bagi:
- Menilai perkembangan pembayaran hutang
- Memberikan khidmat nasihat kewangan
- Menambah baik pelan penyelesaian sekiranya diperlukan
12. Penyelesaian Hutang
Program diteruskan sehingga semua hutang yang didaftarkan berjaya diselesaikan mengikut pelan yang dipersetujui.
Sekiranya peserta meninggal dunia, penyelesaian akan dilaksanakan mengikut mekanisme dan syarat yang ditetapkan oleh SANDBOX Awam.
13. Manfaat Khairat Kematian
Peserta yang layak dilindungi di bawah Skim Khairat Kematian SANDBOX Awam.
Sekiranya berlaku kematian, waris yang sah boleh menerima bantuan sehingga RM50,000, tertakluk kepada syarat dan terma program.
14. Tamat Program
Peserta yang berjaya menyelesaikan komitmen hutang akan diiktiraf sebagai peserta yang telah menamatkan Program SANDBOX Awam serta digalakkan menjadi mentor dan penyokong kepada peserta baharu dalam komuniti SANDBOX.

