Keistimewaan dan Kelebihan menyertai Usahawan SANDBOX Malaysia

Petronas Tower, Kuala Lumpur Malaysia

Tabung Usahawan

Setiap Usahawan yang menyertai SANDBOX akan diberikan Tabung Usahawan untuk mereka mengetahui jumlah Geran dan Kredit yang akan dimasukkan dan kelayakan usahawan untuk menggunakan geran dan memohon untuk menggunakan had kredit yang dibenarkan.

membuka Akaun Semasa dengan Zero deposit, terminal pembayaran dan internet banking

Oleh kerana program SANDBOX dengan kerjasama dan sokongan Bank Muamalat Malaysia Berhad, semua usahawan SANDBOX yang telah mempunyai SSM layak untuk membuka Akaun Semasa Perniagaan dengan Zero Depost. Usahawan juga layak memohon untuk mendapatkan pelbagai fasiliti lain seperti QR Payment, Internet Banking, Terminal Pembayaran dan pelbagai lagi yang ditawarkan oleh Bank Muamalat.

RIZQMALL SuperApp 10 dalam 1

Semua Usahawan SANDBOX juga akan diberikan Akaun Percuma untuk membuka kedai Online di RIZQMALL tanpa had (boleh buka 10 kedai dan kemasukan seberapa banyak produk dan perkhidmatan)

IDEAS Accounting

Perisian Perakaunan juga akan diberikan kepada setiap peserta untuk menguruskan dan mentadbor perniagaan dengan lebih cekap

GERAN Perniagaan

Setiap Usahawan SANDBOX akan disediakan 3 geran sehingga RM 500,000.00 untuk perniagaan sepanjang program selama 2 tahun. Geran Asas bernilai RM 600.00, Geran Peningkatan di antara RM 5,000.00 sehingga RM 25,000.00 dan Geran Pemerkasaan sehingga RM 500,000.00 (mengikut syarat dan terma).

had KREDIT Perniagaan

Selain penyediaan Geran, program SANDBOX juga menyediakan Had Kredit sehingga RM 500,000.00. Pinjaman / penggunaan Had Kredit ini akan disediakan oleh Koperasi Pemerkasaan Malaysia Berhad (KOPEM). Pembayaran balik hendaklah dibuat berdasarkan kepada persetujuan kedua belah pihak TANPA FAEDAH.

Kursus WAJIB

Peserta dikehendaki menghadiri Kursus Wajib selama 2 hari yang akan dianjurkan berdasarkan kepada peserta yang telah layak. 2 kursus adalah “Business Kick Start” dan “Marketing Strategy”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top