SANDBOX MALAYSIA

Mengenai SANDBOX Malaysia

SANDBOX Malaysia merupakan sebuah inisiatif inovasi dan pemerkasaan keusahawanan yang memberi tumpuan kepada pembangunan model perniagaan baharu, peningkatan kapasiti usahawan, serta penyediaan ekosistem sokongan yang tersusun dan moden.

Inisiatif ini diletakkan di bawah SANDBOX Origin Berhad, sebagai entiti penyelaras utama dalam pembangunan modul latihan, konsultasi profesional, penyelidikan strategik, serta pembudayaan pematuhan Syariah dalam setiap aspek pembangunan ekonomi.


SANDBOX Usahawan

SANDBOX Usahawan menyediakan Tabung Usahawan SANDBOX yang menawarkan:

  • Geran perniagaan sehingga RM500,000, dan
  • Pembiayaan patuh syariah sehingga RM500,000

Selain sokongan kewangan, peserta menerima bimbingan perniagaan, penasihatan kewangan, pematuhan syariah, pengurusan akaun, latihan profesional, dan program inkubasi. Fokusnya ialah membantu usahawan mikro, PKS, dan syarikat baharu membina struktur kukuh serta berkembang secara mampan.


SANDBOX Awam

Program pemerkasaan masyarakat umum dengan bantuan kewangan sehingga RM500,000 bagi membayar hutang atau membeli aset produktif. Program ini juga menyediakan pendidikan kewangan, kesedaran ekonomi Islam, latihan kemahiran, pengurusan aset, dan sokongan komuniti untuk meningkatkan literasi ekonomi dan kestabilan kewangan masyarakat.


SANDBOX Remaja

Inisiatif pembangunan generasi muda dengan biasiswa sehingga RM150,000 dari Diploma hingga PhD di mana-mana IPTA/IPTS. Selain itu, remaja menerima latihan asas keusahawanan, literasi kewangan, kepimpinan, kemahiran digital, dan pemantapan akhlak untuk melahirkan generasi inovatif, berdisiplin, dan bersedia menjadi pemimpin ekonomi masa depan.