
- Fokus
Memperkasa usahawan Muslim melalui:
- Latihan & Ilmu;
- Konsultasi;
- Bimbingan kewangan;
- Pemasaran digital dan;
- Pembangunan kapasiti perniagaan.
2. Perkhidmatan SANDBOX Usahawan
Pemulihan & Pemerkasaan Keusahawanan Patuh Syariah
SANDBOX Usahawan merupakan komponen teras dalam SANDBOX Malaysia yang bertujuan membantu usahawan Muslim bangkit semula selepas krisis kewangan, khususnya pasca PKP, melalui pendekatan geran berperingkat, pembangunan kapasiti dan pemantauan berstruktur.
Geran Kick Start & Kelayakan Awal
Program ini bermula dengan Geran Kick Start berjumlah RM600.00 sehinggamaksimaRM 500,000.00
- Syarikat Malaysia (SSM) (bagi yang belum berdaftar)
- Penyediaan kadperniagaan
- Pembukaan akaunsemasaBank Islam
Pendekatan ini memastikan usahawan memulakan perniagaan secara sah, teratur dan patuh syariah.
Latihan & Pembangunan Kapasiti
Selepas menerima geran asas, peserta diwajibkan mengikuti dua (2) kursus utama:
- Business Kick Start
- Marketing Strategy
Kursus ini bertujuan membina kefahaman asas perniagaan, pemasaran dan pengurusan kewangan yang mampan.
On Job Business & Penilaian Prestasi
Peserta kemudiannya dikehendaki menjalankan perniagaan selama tempoh minimum tiga (3) bulan sebagai fasa On Job Business. Sepanjang tempoh ini, peserta mesti:
- Menjalankan sekurang-kurangnya 10 transaksi sebulan
- Menggunakan akaun bank perniagaan yang telah dibuka
Penyata akaun bank bagi tempoh tiga (3) bulan akan disemak oleh Jawatankuasa Penilaian (JK) bagi menentukan kelayakan peserta untuk menerima geran seterusnya yang terkumpul dalam Tabung Usahawan.
3. Had Pembiayaan
Melalui pendekatan berperingkat dan berdisiplin ini, setiap usahawan berpotensi menerima manfaat sehingga had pembiayaan maksimum RM500,000.00 tertakluk kepada prestasi, komitmen dan pematuhan syarat program.

Leave a Reply